Abstract
Muhamad Fadzli bin Sharif dan Julaihan bin Juhaili telah menebual Tuan Haji Hassan bin Haji Atan pada 22 May 2015. Temubual ini telah dibuat di rumah beliau iaitu di Kampung Tebing Tinggi, Segamat Johor. Tuan Haji Hassan bin Haji Atan ataupun dikenali sebagai A. Manap merupakan anak jati Segamat dimana beliau dibesarkan dan mendapat pendidikan pertama di sekolah Agama Tuanku Abdul Rahman Segamat, Johor. Beliau mendapat pendidikan pertama pada tahun 1954 dan berakhir pada 1958. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama isteri beliau iaitu Puan Hajah Rahman binti Haji Idris pada tahun 1969. Hasil dari perkahwinan beliau dengan isteri tercinta, mereka telah dikurnia lapan orang anak. Tuan Haji Hassan bin Haji Atan pernah berkhidmat sebagai seorang guru bahasa melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kluang Johor. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik, beliau telah beberapa kali berpindah kerana bertugas. Pada awalnya beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Cina Buloh Kasap dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Kebangsaan Cina Chan Hui Estate Jaguh Kluang Johor. Selain itu, beliau juga pernah menjinak-jinakkan diri dengan banyak persatuan-persatuan belia. Antara salah satunya ialah sebagai seorang penulis cerpen persatuan penulis-penulis muda Daerah Segamat. Setelah bersara dari alam pekerjaan, beliau kini berkhidmat sebagai imam dan juga juru nikah di Kampung Tebing Tinggi Segamat Johor.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharif, Muhamad Fadzli UNSPECIFIED Juhaili, Julaihan UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ishak, Mohd Zul Azmi UNSPECIFIED Interviewee Atan, Hassan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kampung Tebing Tinggi, Tuan Haji Hassan bin Haji Atan, Segamat |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85577 |