Transkrip wawancara bersama Norazma binti Abdul Kadir pengusaha makanan tradisional Nasi Kerabu / Munirah Mohamad and Nik Mohamad Hazim Nik Najib

Mohamad, Munirah and Nik Najib, Nik Mohamad Hazim (2018) Transkrip wawancara bersama Norazma binti Abdul Kadir pengusaha makanan tradisional Nasi Kerabu / Munirah Mohamad and Nik Mohamad Hazim Nik Najib. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini adalah diantara pelajar bersama tokoh iaitu Puan Nor Azma Binti Abdul Kadir mengenai warisan makanan tradisional Kelantan iaitu Nasi Kerabu. Transkrip temubual ini dijalankan di kedai Nasi Kerabu Azma, di Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan pada hari Isnin, 7 Mei 2018 bermula jam 12:00 tengah hari. Puan NorAzma Binti Abdul Kadir merupakan seorang pengusaha perniagaan Nasi Kerabu yang terkenal di Kelantan. Temubual ini menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang Puan NorAzma Binti Abdul Kadir. Ketika temuramah ini berlangsung kami dapat mengetahui banyak maklumat berkaitan Nasi Kerabu. Antarannya, asal usul Nasi Kerabu serta pengalaman dan cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan Nasi Kerabu. Puan NorAzma Binti Abdul Kadir juga turut memberikan serba sedikit harapan, pendapat, pandangan dan nasihat beliau. Pada zaman dahulu, Nasi Kerabu merupakan makanan kegemaran penduduk di Kelantan sahaja. Tetapi kerana peredaran zaman, Nasi Kerabu menjadi makanan yang dikenali oleh semua golongan masyarakat samada di dalam dan di luar Kelantan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 85497.pdf]
Text
85497.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics