Abstract
Temubual ini dilakukan bersama seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia iaitu Puan Ellie Suriaty Omar ataupun lebih dikenali sebagai Puan Ellie Suriaty untuk mengetahui tentang pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang lakonan dan pengarahan. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan fakta, memori dan pengalaman peribadi tokoh tersebut yang mempunyai nilai yang baik. Temubual ini telah dijalankan atas talian menggunakan platform yang sesuai seperti Google Meet di tempat masing-masing. Tarikh temubual tersebut adalah pada 24 Julai 2022 bermula pada jam 2. 15 petang hingga 3. 15 petang untuk Sesi 1, dan 31 Julai 2022 padajam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari untuk Sesi 2. Puan Ellie Suriaty ialah seorang pelakon dan pengarah Wanita Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu pertama, untuk mengetahui tentang pengalaman dan sumbangan tokoh dalam bidang lakonan di Malaysia sehingga terkenal. Kedua, untuk menghasilkan satu dokumen lisan yang disaksikan oleh mata, pendengaran dan keterangan secara lisan dalam bentuk rakaman ataupun transkrip. Objektif kajian yang terakhir ialah untuk mengenalpasti setiap proses sejarah lisan dengan lebih tepat. Kini, bakat semulajadi Puan Ellie Suriaty terserlah kerana beliau adalah seorang pelakon dan pengarah yang serba boleh. Justeru, nama beliau kini sebaris dengan nama-nama besar tanah air. Seterusnya, pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Puan Ellie Suriaty semasa menceburi bidang lakonan sehingga terkenal. Dengan itu, pengalaman dan kerjaya beliau dapat dijadikan sebagai insipirasi kepada semua orang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusoff, Nur Syahirah 2021189613 Wan Mazlan, Wan Azia maria 2021340931 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Omar, Eliee Suriaty UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > L Education (General) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training > In-service training |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ellie Suriaty Omar, Pelakon Wanita Malaysia, Pengarah Wanita Malaysia, Seni Tanah Air, Sejarah Lisan |
Date: | July 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85339 |