Abstract
Transkrip ini mengandungi rakaman menyeluruh temubual mengenai projek sejarah lisan sejarah Kampung Batu Badak, Segamat, Johor bersama tokoh atau pengkisah yang merupakan anak jati Kampung Batu Badak iaitu Encik Borhan bin Sulaiman yang juga merupakan seorang daripada ahli Persatuan Sejarah Segamat. Beliau telah berkongsi mengenai maklumat-maklumat dan sejarah mengenai Kampung Batu Badak ini dan penemuan Batu Nisan Aceh dengan mendalam dalam sesi temubual yang dibangunkan. Pengdokumentasian daripada sesi tembubual ini akan memberi impak dalam merungkai isu-isu yang berkaitan dengan sejarah atau asal usul Kampung Batu Badak ini. Soalan-soalan yang disediakan dan diajukan kepada pengkisah terbahagi kepada empat bahagian iaitu soalan orentasi, soalan umum, soalan khusus dan maklumat tambahan yang merupakan soalan yang berkaitan dengan kajian sejarah lisan berkaiatan Kampung Batu Badak dan juga termasuk dengan penemuan Batu Nisan Aceh. Sesi temubual ini dijalankan selama 1 jam 10 minit dan 10 saat pada tarikh 22 Jun 2023 di No. 8 Jalan Baung 15, Kampung Batu Badak, Segamat, Johor yang merupakan rumah kediaman pengkisah. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan agar masyarakat Malaysia terutama dalam golongan muda dan generasi akan datang dapat mengetahui tentang bagaimana sejarah Kampung Batu Badak ini dibangunkan.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Muhammad Ariff UNSPECIFIED Zulkarnain, Mohamad Amirul Azree UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Sulaiman, Borhan UNSPECIFIED UNSPECIFIED Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kampung Batu Badak, Segamat, Sejarah lisan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/85196 |