Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji penglibatan penduduk kampung dalam industri pelancongan di kawasan Santubong, Kuching. Kajian ini meninjau jenis-jenis penglibatan masyarakat setempat di samping mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang penglibatan masyarakat setempat. Selain itu, kajian ini juga meninjau persepsi penduduk kampung terhadap perkembangan pelancongan yang wujud dan mengukur perbezaan persepsi antara penduduk kampung yang terlibat dan tidak terlibat dalam industri pelancongan. Seramai 100 responden telah terpilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kaedah pengedaran borang soal-selidik dan temuduga digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan. Data kemudiannya dianalisa dengan menggunakan kaedah ujian frekuensi dan crosstabulation. Keputusan kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk kampung melibatkan diri dalam industri perhotelan, diikuti dengan perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan. Selain itu, mereka turut terlibat dalam aktiviti menyediakan pengangkutan dan juga sebagai pemandu pelancong. Hasil kajian juga mendapati bahawa penduduk kampung mempunyai persepsi yang baik terhadap perkembangan industri pelancongan di kawasan mereka.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tenain, Fatimah 99319567 Dadu, Duncan 99514575 Hassan, Hamasah 99545205 Abdul Rahman Bakar, Hasiah 98174512 Junaidi, Nor Atikah 98174743 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | industri pelancongan, Sarawak, tarikan |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84955 |
Download
84955.pdf
Download (441kB)