Abstract
Kajian terhadap pandangan pengguna keatas produk AgroMas adalah amat berguna kepada pihak FAMA, terutamanya bagi Bahagian Proses FAMA. Kajian ini merupakan satu usaha kami untuk memenuhi sebahagian dari syarat untuk memperolehi Diploma Pentadbiran Awam. Kajian ini dilaksanakan disekitar bandaraya Kuching yang merangkumi Bandaraya Kuching Utara dan Bandaraya Kuching Selatan. Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat tinjauan dan analisa terhadap pandangan pengguna keatas produk AgroMas dimana tumpuan adalah kepada strategi pemasaran yang meliputi promosi, bekalan barangan dan sebagainya. Sejak 1988 sehingga tahun 2000 FAMA Sarawak tidak pemah mencapai sasaran jualan barangan AgroMas. Kaedah pengumpulan data dijalankan melalui “Exploratory Design, Simple Random Sampling, Cross Tabulation” dan kaedah “Frequency Distribution”. Daripada 200 responden yang mengembalikan borang kaji selidik, didapati hanya 40% (80 orang) yang mengetahui produk AgroMas berbanding 60% (120 Orang) yang tidak mengetahui. Daripada 40% yang mengetahui hanya 27.5% yang benar-benar menggunakan produk AgroMas.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Pata, Amin Pata 96988198 Budin, Amir Budin 96988093 Mahadi, Basri Mahadi 96992219 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | pasaran pemakanan, pelanggan, kawalan mutu |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84944 |
Download
84944.pdf
Download (867kB)