Abstract
Tujuan kami menjalankan penyelidikan ini untuk mengkaji, masalah setinggan di kampung Sg. Midin. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan setinggan kampung Sg. Midin di mana ia melibatkan 30 orang kampung yang terpilih sahaja. Objektif utama dalam penyelidikan ini adalah untuk mengkaji respon penduduk setinggan Sg. Midin tentang punca penempatan di samping masalah-masalah yang dihadapi dari segi kemudahan infrastruktur, kemudahan asas dan juga masalah sosial masyarakat setempat. Berdasarkan penemuan yang diperolehi dari penyelidikan ini pihak kerajaan dan badan- badan tertentu masih kurang berkesan dalam memberi kemudahan dan penempatan tetap kepada masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan dengan tiada bekalan air dan elektrik diberikan disamping usaha menyediakan penempatan tetap yang tidak mendapat sambutan masyarakat setinggan. Pendapat atau keputusan ini diperolehi melalui data primer iaitu melalui tinjauan atau pemerhatian yang telah dijalankan, pengedaran borang kaji selidik, temuduga berdepan dan melalui data sekunder. Secara keseluruhannya pihak kerajaan harus memberikan kemudahan asas serta lebih giat mengusahakan penempatan tetap yang mampu didiami oleh masyarakat setinggan. Ini adalah berdasarkan keputusan serta pendapat dari penduduk sekitar kampung Sg. Midin sendiri yang kurang berpuas hati dengan ketiadaan kemudahan asas serta inginkan kediaman penempatan yang tetap.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ringkat, Bayang 99161027 Mohamad Sahari, Norisa UNSPECIFIED Michael Napil, Alica Elizabeth UNSPECIFIED Bujang, Zailah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma in Public Administration |
Keywords: | penempatan setinggan, Sarawak |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84379 |
Download
84379.pdf
Download (781kB)