Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama Encik Azizuree Bin Ahmad mengenai kerjaya beliau dalam usahawan gym yang sudah hampir 34 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Transkrip temubual ini dijalankan di dalam pejabat Newfort Gym, Pasir Pekan , Kota Bharu, Kelantan pada 11 Mei 2014 bermula sekitar jam 2.00 petang. Beliau merupakan salah seorang usahawan gym yang amat dikagumi kerana sikap professionalisme yang ditonjolkannya semasa menguruskan kelab Gym beliau yang juga mempunyai banyak cawangan di sekitar negeri Kelantan. Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang peribadi beliau, serta pengalaman dan pencapaian yang diperolehi beliau semasa menguruskan gym. Selain itu, temubual ini juga menumpukan tentang latar belakang pendidikan beliau. Di samping itu ,beliau juga turut menceritakan bagaimana beliau boleh berkecimpung dalam bidang pemiagaan selain gym, seperti menubuhkan Newfort gym Sport Resource dan Newfort Gym Textiles sebagai aktiviti pemiagaan sampingan beliau. Selain itu, beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dalam menubuhkan aktiviti KeLab Persatuan Merak (Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan) dan pendapat beliau tentang gejala gejala tidak bermoral yang giat melanda di kalangan anak- anak muda sekarang.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamed Shafii, Mohamad Syafiq 2012312019 Mohd Hairy, Sarul Ezuwan 2012787569 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Chik, Nor Kamariah UNSPECIFIED Interviewee Ahmad, Azaizuree UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Sporting goods industry. Recreational equipment L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | temubual, usahawan Gym, gaya hidup sihat |
Date: | July 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84357 |