Program ‘International Bridging of Academic Collaboration: SULAM-PKM by UiTM Malaysia and UNTAN, Indonesia’ / Rofiza Aboo Bakar and Hanani Ahmad Zubir

Aboo Bakar, Rofiza and Ahmad Zubir, Hanani (2023) Program ‘International Bridging of Academic Collaboration: SULAM-PKM by UiTM Malaysia and UNTAN, Indonesia’ / Rofiza Aboo Bakar and Hanani Ahmad Zubir. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

24 Jun 2023 - Program ‘International Bridging of Academic Collaboration: SULAM-PKM by UiTM Malaysia and UNTAN, Indonesia’ adalah sebuah program khidmat masyarakat antarabangsa yang dijalankan oleh delegasi UiTM Cawangan Pulau Pinang di Universitas Tanjungpura (UNTAN) bertujuan mengeratkan hubungan dua hala universiti serta negara masing-masing di samping sama-sama mencapai indeks prestasi demi mengungguli hasrat menjadi universiti-universiti bertaraf dunia. Seramai lima orang pensyarah yang diketuai oleh Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Akademik dan seorang Penolong Pendaftar telah turut serta dalam delegasi ini ke UNTAN. Program ini telah dijalankan secara hibrid. Seramai 20 orang pensyarah dan 30 orang pelajar sarjana dan guru-guru berdekatan bandar Tanjungpura hadir secara fizikal di UNTAN, manakala tujuh orang pelajar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM mengikutinya secara maya di Bilik ‘Research Garden’ dengan dipantau oleh seorang pensyarah PPKE, Profesor Madya IT. Ts. Dr. Zainal Hisham Che Soh dan dua orang pensyarah Bahasa Inggeris, Dr Isma Noornisa Ismail dan Dr Anis Shaari. Program bermula pada pukul lapan pagi waktu Indonesia (iaitu pada pukul sembilan pagi waktu Malaysia) dan selesai pada pukul empat petang waktu Indonesia (iaitu pada pukul lima petang waktu Malaysia). “Elevating your Pitch” dan “Collaborative Writing in Digital Era” merupakan tajuk yang telah dipilih untuk dikongsi bersama-sama para peserta. Mereka telah diberi pengisian serta diajak berespon melalui persembahan, sesi soal jawab dan perkongsian dalam diskusi. Para pensyarah yang terlibat memberi pengisian ini ialah Profesor Madya Dr. Rofiza Aboo Bakar dan Puan Hanani Ahmad Zubir dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTMCPP, Malaysia manakala Dr. Gratus Linuber Sutapa dan Dr. Yanti Sri Rezeki dari Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, UNTAN, Indonesia.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Ahmad Zubir, Hanani
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: September 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84134
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84134.pdf] Text
84134.pdf

Download (1MB)

ID Number

84134

Indexing

Statistic

Statistic details