Abstract
Tea Wo SSO merupakan projek inovasi yang dihasilkan oleh kumpulan “Fantastic Excel” untuk membantu pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri bagi meningkatkan kemahiran meramal hasil tindak balas organik serta menyelesaikan masalah sintesis sebatian organik. Tinjauan awal kami mendapati pelajar tidak dapat mengenal pasti hasil akhir tindak balas, tidak dapat menghubungkaitkan satu sebatian dengan sebatian organik yang lain serta mengalami masalah dalam menulis laluan sintesis sebatian organik. Dapatan ini telah diambil kira dalam merangka prototaip pertama bagi Tea Wo SSO, iaitu satu alat pembelajaran digital yang dibina dengan menggunakan aplikasi TeacherMade dan Wordwall. Satu kajian yang terdiri daripada tiga kitaran telah dijalankan dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan untuk mengkaji keberkesanan Tea Wo SSO. Seramai 25 orang pelajar daripada praktikum H3P3 telah terlibat dalam kitaran pertama, 24 orang pelajar daripada praktikum H1P8 dalam kitaran kedua dan 24 orang pelajar praktikum H1P2 terlibat dalam kitaran ketiga. Dapatan kajian membuktikan Tea Wo SSO yang dimurnikan melalui tiga kitaran tersebut adalah berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pelajar juga memberi pandangan positif dalam soal selidik terhadap keberkesanan Tea Wo SSO. Projek inovasi ini telah berjaya disebar luas pada peringkat kolej dan seterusnya ke kolej lain. Maklum balas daripada rakan-rakan pensyarah yang menggunakan Tea Wo SSO turut dimanfaatkan dalam usaha penambahbaikan ke atas Tea Wo SSO.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Gan, Fie Chuen bm-0149@moe-dl.edu.my Mansor, Ummi Kalthum bm-0228@moe-dl.edu.my Sabil, Sabil bm-0033@moe-dl.edu.my Jamali, Amal Hayati bm-0033@moe-dl.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah |
Page Range: | pp. 851-857 |
Keywords: | Alat pembelajaran digital, Tea Wo SSO, sintesis sebatian organik, pembelajaran kendiri |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84102 |