Fun_G Spinner 2.0: inovasi untuk menambah baik pembelajaran dalam menentukan kelas sebatian organik / Wan Nor Izana Wan Mohammad ... [et al.]

Wan Mohammad, Wan Nor Izana and Abdullah, Norul Safarinie and Md. Dauad, Khairul Nizam and Ros, Ashar Asrul and Mohd Daud, Ahmad Nasir (2023) Fun_G Spinner 2.0: inovasi untuk menambah baik pembelajaran dalam menentukan kelas sebatian organik / Wan Nor Izana Wan Mohammad ... [et al.]. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 826-832. ISBN 9789672948513

Abstract

Subtopik Pengkelasan Sebatian Organik merupakan topik yang perlu dipelajari dalam semester II oleh pelajar aliran sains program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami subtopik ini. Tinjauan awal melalui pemerhatian, kuiz dan refleksi rakan pensyarah mendapati pelajar sering gagal dalam mengenal pasti kumpulan berfungsi bagi menentukan kelas sebatian organik. Oleh itu, bahan pengajaran yang boleh membantu pelajar memahami subtopik ini sangat diperlukan seperti Fun_G Spinner 2.0 (FGS 2.0). FGS 2.0 merupakan alat inovasi yang unik di mana ia bertindak sebagai alat bantu mengajar yang menggabungkan bahan maujud (fizikal) dan elemen digital. FGS 2.0 adalah roda putar kumpulan berfungsi yang terdiri daripada tiga tetingkap yang perlu diselaraskan warnanya agar memberi padanan nama kumpulan berfungsi, struktur kumpulan berfungsi dan kelas sebatian (kumpulan homolog) yang tepat. FGS 2.0 bersifat interaktif dengan penambahan elemen digital iaitu imbasan kod QR kepada video penggunaan FGS 2.0, lembaran kerja, nota interatif Anyflip dan kuiz interaktif Wordwall dan Kahoot yang dapat menarik minat pelajar untuk menguasai pengkelasan sebatian organik. FGS 2.0 dibina berteraskan elemen 4K (kolaboratif, kreativiti, kritis dan komunikasi) dalam pembelajaran abad ke 21 (PAK-21). Inovasi pembelajaran menggunakan FGS 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) subtopik Pengkelasan Sebatian Organik menunjukkan keberkesanan berdasarkan kepada analisis data yang diperolehi. Terdapat peningkatan yang ketara terhadap pencapaian bagi kemahiran mengenal pasti kumpulan berfungsi (min=2.18 ke min=4.67) dan kemahiran mengenal pasti kelas sebatian (min 1.68 ke min 4.69). Ini membuktikan kefahaman pelajar dan pencapaian pelajar meningkat selepas menggunakan FGS 2.0 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan FGS 2.0 dapat menghasilkan suasana PdP yang lebih berpusatkan pelajar dan menggalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan pensyarah selaras dengan matlamat PAK−21 sekaligus menerap dan melestarikan minat pelajar terhadap kimia organik.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Mohammad, Wan Nor Izana
bm-0162@moe-dl.edu.my
Abdullah, Norul Safarinie
bm-0112@moe-dl.edu.my
Md. Dauad, Khairul Nizam
bm-0109@moe-dl.edu.my
Ros, Ashar Asrul
bm-0026@moe-dl.edu.my
Mohd Daud, Ahmad Nasir
bm-0043@moe-dl.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 826-832
Keywords: Fun_G Spinner, kumpulan, sebatian organik, kelas sebatian, alat bantu mengajar
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84091
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84091.pdf] Text
84091.pdf

Download (10MB)

ID Number

84091

Indexing

Statistic

Statistic details