Abstract
Hari Raya Aidil Fitri tidak lengkaptanpa diadakan Jamuan Raya. DiAkademi Pengajian Bahasa (APB),UiTM Cawangan Pulau Pinang(UiTMCPP), Biro Kebajikan danSosial APB telah ditugaskanmengendalikannya. 19 Mei 2023bersamaan 29 Syawal 1444 Hijriahdipilih sebagai tarikh acara. Pihakjabatan menyediakan soto ayamsebagai sajian utama. Manakala,ahli-ahli jabatan lain digalakkanmenyediakan hidangan secara‘potluck’ atau dalam istilah Melayunya, juadah bawaan. Adayang membawa hidangan tradisiseperti sate, ketupat, rendang, ayambakar dan roti jala. Tidak kurang pulayang menyediakan pencuci mulutseperti kek, krim puf dan mufin. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Biro Kebajikan dan SosialAPB, Prof. Madya Dr. Rofiza Aboo Bakar memohon keberkatan dari Allah SWT.Acara sebegini bukan sahaja untuk menjamu selera hidangan lazat malahsebagai simbol rasa syukur atas sebulan penuh ibadah puasa. Paling penting,Jamuan Raya merupakan waktu untuk saling memaafkan danmempereratkan ikatan sosial sesama ahli jabatan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kudus, Nazima Versay UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | September 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84084 |