Hari Anugerah Kelab dan Persatuan Pelajar Dalaman / Muhammad Usamah Mohd Ridzuan, Muhammad Aiman Abdul Halim and Melati Desa

Mohd Ridzuan, Muhammad Usamah and Abdul Halim, Muhammad Aiman and Desa, Melati (2023) Hari Anugerah Kelab dan Persatuan Pelajar Dalaman / Muhammad Usamah Mohd Ridzuan, Muhammad Aiman Abdul Halim and Melati Desa. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Program Hari Anugerah Kelab dan Persatuan Pelajar Dalaman anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diadakan pada 5 Julai 2023 di UiTMCPP Kampus Permatang Pauh. Program ini yang bertemakan Arabian Day: Black and White melibatkan 33 kelab dan persatuan dari UiTMCPP Kampus Permatang Pauh dan 10 kelab dan persatuan dari UiTMCPP Kampus Bertam. Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf dan menghargai penglibatan pelajar yang aktif dalam persatuan masing-masing. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran wakil-wakil pelajar dan penasihat daripada kelab-kelab dan persatuan-persatuan yang terlibat. Kemudian, majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan berserta tayangan video yang memaparkan sedutan aktiviti-aktiviti yang berjaya dilangsungkan oleh pelbagai kelab dan persatuan. Majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang bagi anugerah Kelab Paling Aktif, Kelab Harapan, Program Akademik dan Ilmiah Terbaik, Kelab Pengantarabangsaan Cemerlang dan Kelab Keusahawanan bagi peringkat kampus Permatang Pauh dan kampus Bertam. Beberapa kelab dan persatuan seliaan pensyarah-pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTMCPP merangkap jawatan penasihat telah berjaya merangkul beberapa anugerah. Persatuan Bahasa Perancis di bawah seliaan Cik Seng Hui Zanne dan Encik Muhammad Usamah Mohd Ridzuan telah memenangi tempat ketiga bagi Anugerah Kelab Pengantarabangsaan Cemerlang manakala Persatuan Bahasa Inggeris di bawah seliaan Encik Muhammad Aiman Abdul Halim, Dr. Ilianis Adnan dan Dr. Husna Serip Mohamad pula memenangi tempat kedua bagi anugerah yang sama. Di samping itu, Kelab Penyayang di bawah seliaan Encik Noor Azli Affendy Lee, Puan Wan Noorli Razali, Dr. Isma Noornisa Ismail dan Cik Seng Hui Zanne juga telah dianugerahkan sebagai juara bagi Anugerah Kelab Harapan. Selain itu, Persatuan Bahasa Jepun di bawah seliaan Puan Melati Desa telah dinobatkan juara bagi Anugerah Program Akademik dan Ilmiah Cemerlang. Persatuan Bahasa Jepun dan Persatuan Bahasa Inggeris turut merangkul tempat kedua dan ketiga untuk Anugerah Kelab Kepimpinan dan Kesejahteraan Pelajar Cemerlang.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ridzuan, Muhammad Usamah
UNSPECIFIED
Abdul Halim, Muhammad Aiman
UNSPECIFIED
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hassan, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang
Date: September 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84065
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 84065.pdf] Text
84065.pdf

Download (1MB)

ID Number

84065

Indexing

Statistic

Statistic details