Abstract
Pertandingan Do Good Challenge merupakan kolaborasi di antara UiTM dengan rakan strategik Good Virtues Co. (GVC) dan Malaysian Youth Community (MYC). Pertandingan ini berperanan sebagai platform para mahasiswa UiTM mengimplementasikan idea yang inovatif untuk menyelesaikan permasalahan sosial yang dihadapi oleh negara atau komuniti dalam pelbagai aspek. Pertandingan ini terbahagi kepada lima fasa. Fasa 1 bermula pada November 2022, merupakan jelajah ke kampus-kampus UiTM se-Malaysia telah dijalankan oleh GVC untuk menggalakkan pelajar menghantar idea inovatif masing-masing. Pada masa yang sama, GVC berpeluang mempromosikan produk syarikatnya. Daripada 7,200 penyertaan dari UiTM seluruh Malaysia, hanya 25 penyertaan berjaya terpilih ke Fasa 2 pada akhir Januari 2023. Mereka yang terpilih telah menyertai Boot Camp selama 3 hari 2 malam di Hotel De Palma, Shah Alam pada bulan Februari 2023 biayaan pihak penaja. Di situ para peserta dilatih oleh fasilitator jemputan dari GVC dan MYC tentang penyediaan kertas kerja, pembentangan, promosi media dan kerja berpasukan. Daripada 25 penyertaan yang berjaya, enam darinya diwakili UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Sebelum menyertai Fasa 2, para peserta UiTMCPP diberi taklimat dan bantuan awal untuk menghadapi fasa-fasa seterusnya oleh barisan penasihat yang terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman, termasuklah Encik Noor Azli Affendy Lee dari Akademi Pengajian Bahasa sebagai penyelia utama kepada semua finalis mulai dari Fasa 2. Setelah selesai Boot Camp, para peserta diberi tempoh seminggu untuk menyedia dan menghantar kertas kerja cadangan projek masing-masing.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rozli @ Rosli, Mohd Ikmal Fazlan UNSPECIFIED Abd Ghani, Kay Dora UNSPECIFIED Sulaiman, Suria UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | September 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84055 |