Toolkit perjalanan Abadi 3.0 / Zakiah Zuber ... [et al.]

Zuber, Zakiah and Ibrahim, Dani Asmadi and Jamali, Amal Hayati and Mohd Daud, Ahmad Nasir (2023) Toolkit perjalanan Abadi 3.0 / Zakiah Zuber ... [et al.]. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 636-642. ISBN 9789672948513
Abstract

Toolkit Perjalanan Abadi 3.0 merupakan aplikasi berkonsep pendidikan yang digunakan oleh para pelajar sebagai bahan rujukan pantas berkaitan dengan pengurusan jenazah, di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sasaran melibatkan 91 orang pelajar dimulakan dengan suatu tinjauan untuk mengenal pasti tahap pengalaman dan pengetahuan pelajar tentang pengurusan jenazah. Didapati walaupun 70% pelajar pernah mengikuti program pengurusan solat jenazah, hanya 30% sahaja pernah melaksanakan solat jenazah dan hanya 6% mempunyai pengetahuan baik dalam pengurusan jenazah. Objektif aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan para pengguna mendapat maklumat lengkap setiap peringkat pengurusan jenazah. Secara tidak langsung supaya lebih ramai individu dapat berperanan aktif sewaktu berlaku kematian. Melalui analisis soal selidik penggunaan toolkit ini didapati hampir 100% pelajar memberikan jawapan yang positif (setuju dan sangat setuju) bahawa aplikasi ini memudahkan pencarian maklumat, sangat berguna dan merupakan suatu produk yang inovatif. Mereka juga sangat bersetuju kandungan maklumat yang dipaparkan dapat meningkatkan pengetahuan dan amat sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini patut disimpan di dalam telefon bimbit setiap muslim. Kesimpulannya Toolkit Perjalanan Abadi 3.0 berjaya mencapai objektif pembangunannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83937.pdf]
Text
83937.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics