3D Axis Handy Kit / Rafisah Selamat ... [et al.]

Selamat, Rafisah and Mohd Amin, Ahmad Hamidi Firdaus and Abdul Latif, Mohd Fadli and Mohamed, Md Nazri (2023) 3D Axis Handy Kit / Rafisah Selamat ... [et al.]. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 623-629. ISBN 9789672948513

Abstract

3D Axis Handy Kit merupakan kit pengajaran yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) subtopik Forces and Vector in 3D bagi kursus Asas Kejuruteraan (EB025) dan Kejuruteraan Mekanikal (EM025) di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor. Berdasarkan refleksi sesi PdP, didapati penguasaan kemahiran pelajar adalah rendah terhadap pemahaman kedudukan arah vektor dalam 3 dimensi. Selain itu, pelajar sukar untuk memvisualisasikan satah pandangan dalam 3 dimensi. Sehubungan itu, bertepatan dengan pembelajaran STEM, inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi serta daya imaginasi pelajar dalam menyelesaikan masalah penentuan arah vektor dalam 3 dimensi. Kit pengajaran ini diilhamkan daripada pembinaan model sebelumnya dan permainan jigsaw puzzle. Dengan menggunakan bahan acrylic yang bersifat lutsinar, kit ini ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Seramai 24 orang pelajar tutoran dilibatkan dalam aktiviti PdP STEM menggunakan kit ini. Keberkesanan inovasi ini dibuktikan melalui borang soal selidik Google serta ujian pra dan ujian pasca. Terdapat peningkatan min sebanyak 100% daripada analisis markah ujian pasca berbanding 64.73% pada ujian pra. Majoriti dapatan daripada analisis borang soal selidik Google bagi kesemua item yang dijawab oleh pelajar mendapat skala 4 (Sangat Setuju). 3D Axis Handy Kit amat berpotensi untuk disebar luas dalam kalangan pensyarah dan pelajar memandangkan penggunaannya yang versatil dan boleh diaplikasikan kepada subjek lain seperti matematik dan fizik. Kos penghasilan inovasi ini juga adalah amat berpatutan. 3D Axis Handy Kit dilihat dapat meningkatkan imaginasi, pencapaian dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah vektor dalam 3 dimensi dengan lebih baik di samping membina pengalaman pembelajaran yang berguna.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Selamat, Rafisah
bm-2556@moe-dl.edu.my
Mohd Amin, Ahmad Hamidi Firdaus
bm-2486@moe-dl.edu.my
Abdul Latif, Mohd Fadli
bm-2517@moe-dl.edu.my
Mohamed, Md Nazri
bm-2511@moe-dl.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 623-629
Keywords: 3D Axis Handy Kit, kit pengajaran, vektor, imaginasi, STEM
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83922
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83922.pdf] Text
83922.pdf

Download (10MB)

ID Number

83922

Indexing

Statistic

Statistic details