Perakaunan bagi mata wang Kripto / Wan Mardyatul Miza Wan Tahir and Ja’izah Abdul Jabar

Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza and Abdul Jabar, Ja’izah (2023) Perakaunan bagi mata wang Kripto / Wan Mardyatul Miza Wan Tahir and Ja’izah Abdul Jabar. Buletin FPN S3. ISSN 2805-4539

Abstract

Matawang kripto adalah sejenis mata wang, sebagai contoh mata wang kertas negara seperti Malaysia menggunakan mata wang Ringgit (MYR), Singapura menggunakan mata wang Dollar (SGD) atau Jepun yang menggunakan mata wang Yen (JPY). Walau bagaimanapun, kripto adalah mata wang digital yang mengguna pakai teknik kriptografik yang mana ia tidak dapat digodam atau diubah. Tiga mata wang kripto mengikut modal pasaran terbesar adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Tether (USDT). Menurut artikel di Forbes Advisor pada Disember 2022 terdapat 22,088 projek mata wang kripto secara keseluruhan bernilai USD $810 bilion di pasaran. Nilai mata wang kripto boleh berubah-ubah dengan cepat berdasarkan permintaan dan penawaran di pasaran di mana ia boleh dibeli dan dijual di platform pertukaran mata wang kripto. Oleh itu, ia juga digunakan dalam aktiviti spekulasi kerana volatiliti yang tinggi. Untuk memiliki mata wang kripto, ia boleh didapati melalui proses jual beli dan juga boleh dihasilkan melalui proses perlombongan yang dikenali sebagai "mining". Mata wang kripto ini disimpan dalam dompet elektronik yang disebut e-wallet. Namun, mata wang kripto tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ataupun bank pusat. Walau bagaimanapun, penggunaannya bukan lah haram atau satu jenayah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza
UNSPECIFIED
Abdul Jabar, Ja’izah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN S3
ISSN: 2805-4539
Keywords: Perakaunan, mata wang, Kripto, e-wallet
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83822
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83822.pdf] Text
83822.pdf

Download (894kB)

ID Number

83822

Indexing

Statistic

Statistic details