Evolusi pelaporan kewangan: penulisan dari perspektif filem “The Gods Must Be Crazy” / Wan Mardyatul Miza Wan Tahir

Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza (2023) Evolusi pelaporan kewangan: penulisan dari perspektif filem “The Gods Must Be Crazy” / Wan Mardyatul Miza Wan Tahir. Buletin FPN S3. ISSN 2805-4539

Abstract

“The Gods Must Be Crazy” adalah filem komedi terbitan dan arahan oleh Jamie Uys dengan kerjasama produksi antara dua negara iaitu Afrika Selatan dan Bostwana pada tahun 1980. Cerita ini mengisahkan satu suku kaum Bushmen di padang pasir Kalahari yang terpencil dan tidak berhubung dengan masyarakat luar yang lain. Kisah bermula apabila Xi, salah seorang daripada suku kaum ini telah terjumpa satu botol kaca Coca-cola yang dibuang oleh juruterbang kapal terbang udara yang melalui kawasan suku kaum tersebut. Oleh kerana ia sesuatu yang tidak pernah dijumpai oleh mereka, Xi yakin ia adalah hadiah daripada tuhan kerana ia jatuh daripada langit. Maka, suku kaum ini telah menggunakan botol kaca tersebut dalam urusan harian mereka. Namun, terjadi pergaduhan apabila masing-masing berebut dalam masa yang sama untuk menggunakan botol kaca tersebut. Justeru, Xi merasakan ada unsur kejahatan pada botol kaca yang dihadiahkan oleh tuhan. Xi bertindak untuk memulangkan kepada tuhan botol kaca tersebut. Bermulalah pengembaraan Xi ke dunia luar dalam usaha mengembalikan botol kaca tersebut kepada tuhan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN S3
ISSN: 2805-4539
Keywords: Kewangan, penulisan, filem, botol kaca Coca-cola
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83818
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83818.pdf] Text
83818.pdf

Download (693kB)

ID Number

83818

Indexing

Statistic

Statistic details