Analisa pencapaian matematik bagi pelajar Pra-Diploma Sains / Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin and Siti Asmah Mohamed

Mahlan, Siti Balqis and Shamsuddin, Maisurah and Mohamed, Siti Asmah (2023) Analisa pencapaian matematik bagi pelajar Pra-Diploma Sains / Siti Balqis Mahlan, Maisurah Shamsuddin and Siti Asmah Mohamed. Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation, 5. pp. 106-110. ISSN 978-967-25608-8-3

Abstract

Program Pra-Diploma Sains merupakan program yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan untuk menyambungpelajaran dan seterusnya boleh memohon ke program Diploma. Namun begitu, pencapaian markah subjek matematik bagi pelajar Pra- Diploma Sains didapati menurun pada semester terkini (Okt 2022 - Feb 2023). Sehubungan dengan ini, kajian berkaitan pencapaian markah subjek matematik dijalankan. Kajian ini hanya tertumpu kepada subjek matematik perantaraan sahaja di mana perbandingan diukur bagi pencapaian markah di antara dua semester iaitu Okt 2022 - Feb 2023 dan Okt 2021 - Feb 2022. Pengambilan Pra-Diploma Sains hanyalah pada sesi Okt - Feb sahaja di kampus Pulau Pinang dan ianya adalah berbeza bagi setiap kampus. Kajian ini juga mengkaji prestasi matematik di antara pelajar lelaki dan perempuan. Markah penilaian diambil bagi 84 orang pelajar yang terdiri dari dua semester terkini. Berdasarkan data deskriptif, didapati pencapaian purata markah pelajar bagi semester Okt - Feb 2022 (dalam talian) adalah lebih baik berbanding Okt - Feb 2023 (bersemuka). Manakala pencapaian pelajar perempuan dan lelaki adalah hampir sama. Analisa dilanjutkan lagi dengan menggunakan Ujian-t bagi mengesahkan dapatan yang dianalisa secara deskriptif adalah signifikan secara statistik. Berdasarkan Ujian-t, didapati keputusan adalah sama dengan analisa deskritif. Kesimpulannya, pencapaian didapati menurun pada semester terkini apabila kaedah pembelajaran talian diubah semula kepada pembelajaran bersemuka sepenuhnya. Kemerosotan ini perlu diatasi agar pencapaian markah dalam matematik perantaraan ini semakin meningkat dari semester ke semester dan para pelajar dapat melayakkan diri ke peringkat Diploma.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Mohamed, Siti Asmah
sitiasmahl09@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Analysis
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation
ISSN: 978-967-25608-8-3
Volume: 5
Page Range: pp. 106-110
Keywords: Pra-Diploma Sains, SPM, Matematik Perantaraan, Data Deskriptif, Ujian-T
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83815
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83815.pdf] Text
83815.pdf

Download (297kB)

ID Number

83815

Indexing

Statistic

Statistic details