Abstract
Program Pra-Diploma Sains merupakan program yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memuaskan untuk menyambungpelajaran dan seterusnya boleh memohon ke program Diploma. Namun begitu, pencapaian markah subjek matematik bagi pelajar Pra- Diploma Sains didapati menurun pada semester terkini (Okt 2022 - Feb 2023). Sehubungan dengan ini, kajian berkaitan pencapaian markah subjek matematik dijalankan. Kajian ini hanya tertumpu kepada subjek matematik perantaraan sahaja di mana perbandingan diukur bagi pencapaian markah di antara dua semester iaitu Okt 2022 - Feb 2023 dan Okt 2021 - Feb 2022. Pengambilan Pra-Diploma Sains hanyalah pada sesi Okt - Feb sahaja di kampus Pulau Pinang dan ianya adalah berbeza bagi setiap kampus. Kajian ini juga mengkaji prestasi matematik di antara pelajar lelaki dan perempuan. Markah penilaian diambil bagi 84 orang pelajar yang terdiri dari dua semester terkini. Berdasarkan data deskriptif, didapati pencapaian purata markah pelajar bagi semester Okt - Feb 2022 (dalam talian) adalah lebih baik berbanding Okt - Feb 2023 (bersemuka). Manakala pencapaian pelajar perempuan dan lelaki adalah hampir sama. Analisa dilanjutkan lagi dengan menggunakan Ujian-t bagi mengesahkan dapatan yang dianalisa secara deskriptif adalah signifikan secara statistik. Berdasarkan Ujian-t, didapati keputusan adalah sama dengan analisa deskritif. Kesimpulannya, pencapaian didapati menurun pada semester terkini apabila kaedah pembelajaran talian diubah semula kepada pembelajaran bersemuka sepenuhnya. Kemerosotan ini perlu diatasi agar pencapaian markah dalam matematik perantaraan ini semakin meningkat dari semester ke semester dan para pelajar dapat melayakkan diri ke peringkat Diploma.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Shamsuddin, Maisurah maisurah025@uitm.edu.my Mohamed, Siti Asmah sitiasmahl09@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Analysis |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation |
ISSN: | 978-967-25608-8-3 |
Volume: | 5 |
Page Range: | pp. 106-110 |
Keywords: | Pra-Diploma Sains, SPM, Matematik Perantaraan, Data Deskriptif, Ujian-T |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83815 |