Pengenalan kepada spesis Juniperus / Nurattyliya Syafira Kemri, Hannis Fadzillah Mohsin and Ibtisam Abdul Wahab

Kemri, Nurattyliya Syafira and Mohsin, Hannis Fadzillah and Abdul Wahab, Ibtisam (2017) Pengenalan kepada spesis Juniperus / Nurattyliya Syafira Kemri, Hannis Fadzillah Mohsin and Ibtisam Abdul Wahab. e-Academia Journal, 6 (2). pp. 23-30. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Spesis Juniperus diperkenalkan dan dipasarkan sebagai herba dari Barat untuk pengguna tempatan mencubanya di dalam penyediaan juadah Eropah. Ia berasal dari keluarga tumbuhan Cupressaceae (atau Cypress). Buahnya yang berempah dan beraroma boleh digunakan di dalam masakan daging dan pemanis mulut. Penduduk di Barat menyanjungi buah atau beri juniper sebagai kandungan utama di dalam minuman gin. Komposisi kimia genus Juniperus telah dipersembahkan secara terperinci (dilaporkan dalam tempoh 1970-2004). Satu ulasan fitofarmakologi juniper juga diterbitkan, namun ia hanya memfokuskan kepada Juniperus communis. Sehubungan itu, pengemaskinian terbaru mengenai aspek kimia spesies Juniperus menerusi penelitian literatur amat dialu-alukan. Maka, kajian ini dilakukan untuk memberi pencerahan kepada ciri-ciri farmakologi spesis Juniperus. Herba ini diguna sebagai agen antimikrob dan antibakteria. Aktiviti farmakologi ekstrak juniper termasuklah sebagai antioksidan dan antikanser. Melalui penerbitan jurnal, pengasingan molekul biologikal semulajadi seperti kumarin (misalnya umbelliferon), flavonoid, lignan, terpenoid, pelbagai komponen alifatik dan aromatik telah dilaporkan. Fitosterol juga dijangka dari ekstrak juniper yang tidak meruap, yakni melalui teknik kromatografi cecair. Namun, kajian lanjutan diperlukan untuk mencirikan komponen bioaktif dan menyelidik mekanisme tindakan agen semulajadi yang terlibat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kemri, Nurattyliya Syafira
UNSPECIFIED
Mohsin, Hannis Fadzillah
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Ibtisam
ibtisam@puncakalam.uitm.edu.my
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 23-30
Keywords: Beri; Ekstrak; Fitokimia; Juniper
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83805
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83805.pdf] Text
83805.pdf

Download (264kB)

ID Number

83805

Indexing

Statistic

Statistic details