Peluang dan potensi tanaman lada hitam di Sabah: persepsi penerimaan penduduk daerah Tenom / Nur Aziemah Jasni ... [et al.]

Jasni, Nur Aziemah and Sumin, Viduriati and Joseph, Hendry and Awg Damit, Hazmi (2017) Peluang dan potensi tanaman lada hitam di Sabah: persepsi penerimaan penduduk daerah Tenom / Nur Aziemah Jasni ... [et al.]. e-Academia Journal, 6 (2). pp. 1-13. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Tanaman lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Peningkatan pengeluaran global lada hitam daripada 317,750 tan metrik pada tahun 2011 kepada 324,090 tan metrik pada tahun 2012 adalah selaras dengan usaha Lembaga Lada Malaysia dan agensi kerajaan lain untuk menggalakkan lebih ramai usahawantani menceburi industri lada hitam ini. Pada masa ini, Negeri Sarawak merupakan pengeluar utama tanaman lada hitam di Malaysia diikuti oleh negeri Johor, Melaka dan Sabah. Kebelakangan ini, tanaman lada hitam mula diberi perhatian semula di Sabah setelah berlakunya kegagalan penanaman tanaman ini dahulu akibat jangkitan penyakit dan perihal naik turun harga pada masa tersebut. Masalah utama berlakunya jangkitan penyakit adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan kesedaran pengurusan penyakit dan serangga perosak serta pendedahkan mengenai Konsep Amalan Baik Tanaman. Walau bagaimanapun, pekebun kecil di beberapa daerah seperti Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Pitas, Ranau, Tambunan dan Membakut sudah mulai terlibat di dalam penamanan lada hitam. Berbeza dengan daerah Tenom, penglibatan dalam penanaman lada hitam masih rendah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui penerimaan penduduk Tenom terhadap tanaman lada hitam dan peluang serta potensi industri lada hitam pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kaji selidik terhadap penerimaan pekebun kecil dan berskala besar adalah penting bagi memastikan kebolehlaksanaan penanaman lada hitam bagi menggalakkan pasaran industri lada hitam di negeri Sabah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jasni, Nur Aziemah
aziemah856@uitm.edu.my
Sumin, Viduriati
UNSPECIFIED
Joseph, Hendry
UNSPECIFIED
Awg Damit, Hazmi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Peluang; Persepsi; Penerimaan; Penduduk Tenom; Tanaman Lada Hitam
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83801
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83801.pdf] Text
83801.pdf

Download (243kB)

ID Number

83801

Indexing

Statistic

Statistic details