Analisa kesalahan dalam matematik intensif: kajian kes terhadap pelajar pra diploma perdagangan / Siti Asmah Mohamed ... [et al.]

Mohamed, Siti Asmah and Mahlan, Siti Balqis and Shamsuddin, Maisurah and Hamat, Muniroh and Alias, Fadzilawani Astifar (2023) Analisa kesalahan dalam matematik intensif: kajian kes terhadap pelajar pra diploma perdagangan / Siti Asmah Mohamed ... [et al.]. Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation, 5. pp. 111-119. ISSN 978-967-25608-8-3

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti topik spesifk dalam subjek Matematik Intensif yang menjadi punca kesilapan tertinggi dikalangan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan penilaian akhir semester. Ia juga dijalankan untuk melihat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik spesifik tersebut. Set soalan peperiksaan penilaian akhir semester diuji dengan enam topik utama mengikut silibus kursus. Sebanyak 56 skrip jawapan pelajar disemak dan dianalisa untuk dijadikan sampel kajian. Markah pelajar telah dianalisa terlebih dahulu mengikut topik secara deskriptif dan didapati skor markah bagi topik Algebra adalah kurang memuaskan berbanding topik yang lain. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan pada topik Algebra kerana berdasarkan min markah jawapan yang betul paling rendah diperolehi. Terdapat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik tersebut antaranya pola kesalahan dalam perkembangan, pemfaktoran serta meringkaskan ungkapan pecahan Algebra. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran awal kepada para pensyarah tentang tahap penguasaan dan kefahaman matematik dikalangan pelajar pra diploma sebelum mereka meneruskan ke peringkat diploma dengan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran, merancang pendekatan yang sesuai untuk membantu pelajar dan membolehkan ianya dijadikan sebagai penanda aras untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
sitiasmah109@uitm.edu.my
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Hamat, Muniroh
muniroh@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
, fadzilawani.astifar@uitm.edu. my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Chief Editor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Algebra
Q Science > QA Mathematics > Algebra > Permutations. Combinations. Partitions
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation
ISSN: 978-967-25608-8-3
Volume: 5
Page Range: pp. 111-119
Keywords: Topik, Algebra, Pola, Kesalahan
Date: April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83795
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83795.pdf] Text
83795.pdf

Download (732kB)

ID Number

83795

Indexing

Statistic

Statistic details