Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti topik spesifk dalam subjek Matematik Intensif yang menjadi punca kesilapan tertinggi dikalangan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan penilaian akhir semester. Ia juga dijalankan untuk melihat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik spesifik tersebut. Set soalan peperiksaan penilaian akhir semester diuji dengan enam topik utama mengikut silibus kursus. Sebanyak 56 skrip jawapan pelajar disemak dan dianalisa untuk dijadikan sampel kajian. Markah pelajar telah dianalisa terlebih dahulu mengikut topik secara deskriptif dan didapati skor markah bagi topik Algebra adalah kurang memuaskan berbanding topik yang lain. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan pada topik Algebra kerana berdasarkan min markah jawapan yang betul paling rendah diperolehi. Terdapat pola-pola kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam topik tersebut antaranya pola kesalahan dalam perkembangan, pemfaktoran serta meringkaskan ungkapan pecahan Algebra. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran awal kepada para pensyarah tentang tahap penguasaan dan kefahaman matematik dikalangan pelajar pra diploma sebelum mereka meneruskan ke peringkat diploma dengan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran, merancang pendekatan yang sesuai untuk membantu pelajar dan membolehkan ianya dijadikan sebagai penanda aras untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Siti Asmah sitiasmah109@uitm.edu.my Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my Shamsuddin, Maisurah maisurah025@uitm.edu.my Hamat, Muniroh muniroh@uitm.edu.my Alias, Fadzilawani Astifar , fadzilawani.astifar@uitm.edu. my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > Algebra Q Science > QA Mathematics > Algebra > Permutations. Combinations. Partitions |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation |
ISSN: | 978-967-25608-8-3 |
Volume: | 5 |
Page Range: | pp. 111-119 |
Keywords: | Topik, Algebra, Pola, Kesalahan |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83795 |