Abstract
Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pada penghujung tahun 2019, kehidupan manusia secara amnya telah banyak berubah daripada kebiasaan. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali daripada mengalami perubahan yang agak drastik kesan daripada pandemk ini. Susulan daripada itu, pelbagai kaedah pembelajaran atas talian atau “online distance learning’ telah dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Perubahan kaedah daripada tradisional kepada penggunaan teknologi ini pasti mempunyai kesan kepada para pelajar terutama di institusi pengajian tinggi. Lantaran itu, satu tinjauan kuantitatif yang menggunakan soal selidik ringkas dijalankan untuk meninjau pandangan dan pilihan responden antara pembelajaran bersemuka atau secara atas talian. Sampel yang digunakan adalah para pelajar semester Oktober 2022-Februari 2023 yang mengambil subjek MAT565 dan STA408 di UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Selepas pengumpulan data, tinjauan ini mendapati 79.6% daripada sejumlah 118 responden memilih kelas secara bersemuka berbanding secara atas talian kerana ia lebih berfaedah, menyeronokkan dan meriah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Noor Aina nooraina@uitm.edu.my Ahmad, Nurhafizah nurha9129@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation |
ISSN: | 978-967-25608-8-3 |
Volume: | 5 |
Page Range: | pp. 77-83 |
Keywords: | Pembelajaran Atas Talian, Pembelajaran Bersemuka, “Online Distance Learning” |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83782 |