Abstract
Sebelum memulakan penulisan kajian, sebaiknya didahului dengan penulisan draf. Penulisan draf adalah sangat penting untuk memastikan setiap idea dapat diterjemahkan dahulu di atas kertas. Ini membolehkan semakan dan komen dapat di buat dan dibetulkan agar wujud keselarian penulisan daripada pemilihan tajuk hingga kepada penulisan jangkaan hasil penyelidikan. Banyak penulisan dilihat tidak wujud keselarian penulisan. Sebagai contoh, objektif dengan metodologi tidak selari. Objektif tidak selari dengan jangkaan atau hasil kajian. Oleh yang demikian, inovasi Kit Penulisan Draf Kajian dalam bentuk buku direka bagi membantu penulisan draf lebih teratur. Buku kit ini sangat sesuai digunakan oleh pensyarah untuk membimbing pelajar memulakan penulisan draf kajian. Di samping itu, kit ini juga sesuai digunakan dalam program mentor-mentee untuk membimbing dalam penulisan kajian. Hasil tinjauan ke atas beberapa pengguna mendapati mereka bersetuju bahawa Buku kit ini membantu dan memudahkan mereka untuk membina draf kajian. Kata kunci: kit, Penulisan draf, penyelidikan
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Toto Ngadiman, Dicky Wiwittan dwiwittan@gmail.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah |
Page Range: | pp. 562-567 |
Keywords: | Kit, penulisan draf, penyelidikan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83767 |