E-zy.graph: aplikasi memplot graf garis lurus / Jannatul Ar Rayan Mohd Azmi ... [et al.]

Mohd Azmi, Jannatul Ar Rayan and Mohd Yosop, Mohd Hafiz and Othman @ Ismail, Nor Fatimah Az-Zahra and Othman, Heiryah (2023) E-zy.graph: aplikasi memplot graf garis lurus / Jannatul Ar Rayan Mohd Azmi ... [et al.]. In: International Teaching Aid Competition 2023. Universiti Teknologi MARA, Kedah, pp. 495-500. ISBN 9789672948513

Abstract

e-zy.graph adalah aplikasi memplot dan menyemak graf garis lurus. Tinjauan awal kajian mendapati pelajar sukar mengenal pasti garis lurus yang tepat dan pensyarah sukar menyemak jawapan pelajar yang pelbagai. Masalah berkaitan kemahiran memplot graf garis lurus seharusnya tidak timbul dalam kalangan pelajar pra universiti kerana ia merupakan pengetahuan asas yang perlu dikuasai oleh mereka sejak di bangku sekolah lagi. Justeru, fokus inovasi ini adalah mengenai aplikasi e-zy.graph sebagai bahan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dapat menjimatkan kertas graf dan masa pengguna. Graf yang dijana juga mengikut format pemarkahan amali berdasarkan spesifikasi kurikulum. Aplikasi web-based yang digunakan boleh diakses melalui pelbagai peranti pada bila-bila masa dan di manamana sahaja serta tidak memerlukan tutorial penggunaan yang rumit merupakan kenapa ianya mudah disebar luas ke pelbagai peringkat pendidikan. Data yang dianalisis secara kuantitatif telah menunjukkan dapatan yang amat memberangsangkan di mana kesemua objektif inovasi berjaya dicapai (penjimatan sehingga 75%). Aplikasi e-zy.graph telah mendapat maklum balas positif daripada pengguna yang amat berpuas hati dengan produk yang telah dibangunkan. Bagi melindungi keaslian dan sebagai penghargaan kepada usaha inovasi dan kreativiti, produk ini telah dipatenkan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan nombor pendaftaran CRLY2023M01831. Surat penghargaan telah diterima kerana aplikasi e-zy.graph terbukti amat membantu warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) khasnya dalam pelbagai mata pelajaran (kini telah menghampiri 2000 penggunaan) dan amat berpotensi untuk dikomersialkan. Dengan pengiktirafan yang diperoleh, pensyarah mensasarkan untuk menyertai lebih banyak pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa pada masa akan datang kerana ia merupakan medium terbaik untuk berkongsi mengenai produk inovasi ini ke peringkat global. Pensyarah juga dalam perancangan untuk menambah baik kualiti aplikasi ezy. graph yang sedia ada agar dapat memenuhi pelbagai kehendak pengguna.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Azmi, Jannatul Ar Rayan
bm-0070@moe-dl.edu.my
Mohd Yosop, Mohd Hafiz
bm-0092@moe-dl.edu.my
Othman @ Ismail, Nor Fatimah Az-Zahra
bm-0159@moe-dl.edu.my
Othman, Heiryah
bm-0047@moe-dl.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Page Range: pp. 495-500
Keywords: aplikasi, graph, web-based, PdPc
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83617
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83617.pdf] Text
83617.pdf

Download (10MB)

ID Number

83617

Indexing

Statistic

Statistic details