Kesilapan sebutan bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati / Ahmad Zulfadhli Nokman ... [et al.]

Nokman, Ahmad Zulfadhli and Che Mat, Azman and Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi and Musilehat, Nor Shaifura and Yaakub, Ahmad Nazuki@Marzuki (2017) Kesilapan sebutan bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati / Ahmad Zulfadhli Nokman ... [et al.]. e-Academia Journal, 6 (1). pp. 100-108. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Kemahiran pertuturan merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Oleh sebab itu, kemahiran ini mesti dikuasai dengan sebaiknya supaya maksud yang ingin disampaikan mencapai matlamatnya. Salah satu aspek yang penting dalam kemahiran ini ialah sebutan perkataan bagi sesuatu bahasa. Secara umumnya, setiap bahasa mempunyai keunikan sebutan yang tersendiri. Malah, aspek sebutan inilah yang paling jelas membezakan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain termasuk bahasa Arab. Bahasa Arab mempunyai beberapa sebutan yang berbeza dengan bahasa Melayu. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesilapan dalam sebutan bahasa Arab dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif untuk tujuan mengumpul, menganalisis dan menilai data yang diperolehi. Dua orang peserta kajian telah dipilih untuk mencapai maksud tersebut dengan mengadakan ujian sebutan berasaskan instrumen senarai semak yang berpandukan teori pengajaran ilmu Tajwid Abdul Qadir Leong Al-Azhari. Dapatan kajian menunjukkan memang wujud kesilapan pada sebutan bahasa Arab akibat daripada pengaruh bahasa pertama bagi sebutan tertentu. Kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih persis dan jitu pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nokman, Ahmad Zulfadhli
UNSPECIFIED
Che Mat, Azman
azman531@tganu.uitm.edu.my
Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi
UNSPECIFIED
Musilehat, Nor Shaifura
UNSPECIFIED
Yaakub, Ahmad Nazuki@Marzuki
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 100-108
Keywords: Sebutan; Bahasa Arab; Kesilapan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83483
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83483.pdf] Text
83483.pdf

Download (613kB)

ID Number

83483

Indexing

Statistic

Statistic details