Abstract
Umumnya, ekstrak daun teh (spesis Camellia) menjadi salah satu minuman kegemaran penduduk dunia. Kebanyakan penyelidik menjalankan ujikaji antioksida ke atas ekstrak ini. Fenolik terutamanya, merupakan sebatian yang menawarkan kebaikan teh kepada kesihatan manusia. Fenolik yang penting di dalam teh adalah katechin. Komposisi kimia ini mendapat fokus di dalam kajian kerana sebatian ini adalah dominan di dalam ekstrak teh. Peranan aktiviti antioksida ini, asasnya, dimainkan oleh molekul fenolik. Namun, kuantitinya menurun semasa proses fermentasi teh. Penyelidikan ini diharapkan dapat menilai amaun pirogallol, iaitu komponen di dalam katechin, yang wujud di dalam pelbagai jenis teh. Dari kajian literatur, pirogallol menunjukkan ciri-ciri antioksida dan antitumor yang tinggi. Metodologi yang terlibat di dalam kajian ini, termasuklah analisis kajian kromatografi lapisan nipis dan assay kemiluminesen. Oleh yang demikian, pemerhatian secara kualitatif dilakukan, berbanding pengukuran secara kuantitatif. Daripada hasil eksperimen, pirogallol dapat dikesan dengan menggunakan teknik kromatografi tersebut. Di samping itu, tindakbalas kemiluminesen menunjukkan luminasi berwarna merah dari ekstrak teh hijau. Kajian ini secara tidak langsungnya, dapat meningkatkan pengetahuan mengenai konsep kimia di kalangan siswazah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Wahab, Ibtisam ibtisam@puncakalam.uitm.edu.my Ishak, Nor Idha Liana UNSPECIFIED Jalani, Kathleen J. UNSPECIFIED Mohsin, Hannis Fadzillah UNSPECIFIED |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 48-57 |
Keywords: | Fitokimia; Kemiluminesen; Kromatografi; Teknologi; Teh |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83458 |