Abstract
Permainan papan Kimia Chemibble ialah satu permainan papan yang direka untuk murid sekolah menengah yang mengambil matapelajaran Kimia. Permainan papan Kimia Chemibble direkabentuk untuk membolehkan murid untuk meneroka dan berhibur dengan belajar sambil bermain. Permainan papan Kimia Chemibble ini juga merupakan sejenis permainan papan yang di adaptasi daripada permainan kanak-kanak popular iaitu Scrabble. Kajian ini melibatkan 20 orang peserta kajian di mana mereka terdiri daripada murid-murid tingkatan 4. Rekabentuk kajian yang digunakan ini merupakan rekabentuk kajian tindakan. Peserta kajian dipilih berdasarkan markah ujian pra yang mendapat skor kurang daripada 10. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang ketara setelah Permainan papan Kimia Chemibble diperkenalkan. Hasil temubual peserta kajian juga menunjukkan mereka berasa seronok dan lebih faham terhadap konsep-konsep asas dalam matapelajaran Kimia.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Noorsyahirah noorsyahirah@smkcochrane.net |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah |
Page Range: | pp. 92-96 |
Keywords: | Permainan papan, chemibble, matapelajaran kimia |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83286 |