Abstract
Zakat pendapatan merupakan salah satu zakat yang perlu dikeluarkan oleh umat Islam yang berkelayakan mengikut kadar pendapatan bersih tahunan. Pendapatan bersih bermaksud pendapatan tahunan yang akan ditolak dengan item tolakan dibenarkan oleh pusat zakat negeri seperti tolakan untuk diri sendiri, tanggungan, penginapan, simpanan (tabung haji dan kwsp) dan lain-lain. Item tolakan ini perlu dikemaskini bagi memastikan ia sentiasa mengikuti perkembangan zaman dan ekonomi semasa. Oleh itu, satu kumpulan fokus muzzaki diwujudkan dari kalangan M40 bagi mengenalpasti item tolakan yang terkini untuk dicadangkan kepada Zakat Pulau Pinang. Kumpulan fokus ini terdiri daripada 4 orang muzzaki yang bekerja di sektor kerajaan, swasta dan usahawan. Sesi kumpulan fokus ini telah diadakan di Hotel Eastern & Oriental, Pulau Pinang pada 4 September 2022. Sesi ini telah berjalan selama 4 jam dan telah dikendalikan oleh 2 orang moderator. Peserta kumpulan fokus telah diberi ruang untuk menyuarakan item yang dirasakan perlu dicadangkan dalam tolakan pengiraan zakat mengikut parameter yang telah disenaraikan seperti makanan, perlindungan, kesihatan, pakaian, pendidikan, pengangkutan, perancangan kewangan, gaya hidup dan lain-lain. Kertas kerja ini menyenaraikan hasil cadangan item tolakan yang terdiri daripada parameter makanan (5 item), perlindungan (27 item), kesihatan (15 item), pakaian (7 item), pendidikan (20 item), pengangkutan (16 item), perancangan kewangan (13 minit), gaya hidup (12 item) dan lain-lain (5 item).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Halim, ‘Imaaduddin imaaduddin@uitm.edu.my Warris, Saiful Nizam saifulwar@uitm.edu.my Che Saad, Muhammad muhammad247@uitm.edu.my Mohd Radzi, Hisyam hisyammr@uitm.edu.my Abdullah, Dahlan dahla707@uitm.edu.my Mohamad Japeri, Ahmad Zia Ul-Saufie ahmadzia101@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Othman, Jamal UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Enhancing Innovations In e-Learning For Future Preparation |
ISSN: | 9789672560883 |
Volume: | 5 |
Page Range: | pp. 31-38 |
Keywords: | Kumpulan Fokus Muzzaki, Pengiraan Zakat Pendapatan, Zakat Pulau Pinang |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83232 |