Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran manipulatif antara penari balet gred satu, pelajar dengan kokurikulum dan pelajar tanpa kokurikulum. Seramai 90 orang pelajar tahap satu lelaki dan perempuan yang berada di sekitar daerah Klang dan Seremban telah menyertai kajian ini. Ujian Ulrich Pembangunan Motor Kasar (TGMD-2) telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran manipulatif pelajar tahap satu sekolah rendah. Analisis statistik Kruskal-Wallis digunakan untuk menganalisa dapatan skor dalam membandingkan min kumpulan pelajar tahap satu sekolah rendah. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pelajar dengan kokurikulum mempunyai min tertinggi, berbanding dengan kumpulan pelajar tanpa kokurikulum dan kumpulan penari balet gred 1. Manakala, nilai skor perbezaan signifikasi juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan diantara ketiga-tiga kumpulan dengan nilai anggaran signifikasinya adalah 0.000. Kajian selanjutnya boleh mengkaji tahap perkembangan motor kasar pelajar sekolah rendah spesifik kepada jenis kokurikulum tambahan yang mereka ceburi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lokman, Nur Anati UNSPECIFIED Hamidi, Muhammad Noor Hizami UNSPECIFIED Mohd Saleh, Maisarah sarahms@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 83-88 |
Keywords: | Kemahiran Manipulative; Penari Balet Gred 1; Pelajar Tanpa Kokurikulum; Pelajar Dengan Kokurikulum; Perkembangan Motor Kasar |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83215 |