Abstract
Pada 4-5 Februari 2023 yang lalu, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Program Pemantapan Kepimpinan melalui Kerja Berpasukan. Ia adalah salah satu program yang terbuka kepada seluruh warga JSKM sebagai salah satu aktiviti tahunan jabatan. Antara objektif program adalah untuk mengeratkan perhubungan dan semangat kepimpinan antara warga sejabatan serta menggalakkan aktiviti bersukan dan beriadah di kalangan staf JSKM serta mengurangkan tekanan kerja. Program ini telah dijalankan pada 4 Februari 2023 bermula dari jam 1.00 petang sehingga 5 Februari 2023 jam 12.00 tengah hari. Program ini telah dijalankan di Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah Darul Aman. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di adakan. Antara aktiviti yang di jalankan adalah Logo Challenge, Si Beluncas, Tiru Macam Saya, Shape Your Memory dan Teka-teki.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohammad, Wan Anisha UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83193 |