Abstract
ChatGPT adalah satu inovasi kecerdasan buatan yang dikembangkan oleh OpenAI. ChatGPT merupakan singkatan bagi Chat Generative Pre-training Transformer. Ia membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung melalui program yang dirancang untuk menghasilkan jawapan berdasarkan pertanyaan yang diberikan oleh pengguna. ChatGPT juga telah dilatih menggunakan teknologi mesin pembelajaran dan pengoptimuman prestasi untuk memahami makna dan konteks pertanyaan, serta menghasilkan jawapan yang tepat. Keupayaan ChatGPT untuk berkomunikasi seperti manusia memberikan banyak manfaat. Dalam bidang perniagaan, ia boleh digunakan untuk mengoptimumkan servis pelanggan dan menjawab pertanyaan pengguna secara real-time. Dalam bidang kesihatan, ChatGPT boleh digunakan untuk memberikan nasihat kesihatan kepada pesakit, serta menyediakan bantuan diagnostik pada peringkat awal. Ia juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, di mana ia boleh memberikan penjelasan dan menjawab soalan pelajar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83178 |