Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan samada: (i) hubungan signifikan antara Muhibbah (Goodwill) dengan prestasi Firma, (ii) hubungan signifikan antara pemilikan pengurusan dengan prestasi firma, dan (iii) hubungan signifikan pemilikan pengurusan muhibbah (moderat) dengan prestasi firma. Data-data sekunder dianalisis dengan kaedah regrasi pelbagai dengan model empirikal menggunakan data maklumat kewangan bagi tahun 2014 daripada 30 firma yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi firma diukur dengan pulangan atas aset (return on assets – ROA) manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah muhibah dan pemilikan pengurusan. Pemboleh ubah terkawal ialah manfaat (leverage), industri, dan saiz firma. Sementara itu, “pemilikan pengurusan muhibah” ialah pemboleh ubah moderat. Keputusan menunjukkan pemboleh ubah tidak bersandar (muhibah dan pemilikan pengurusan) tidak signifikan dengan prestasi firma. Pemboleh ubah moderat menunjukkan hubungan tidak signifikan dengan prestasi firma. Pemboleh ubah terkawal (industri) menunjukkan hubungan tidak signifikan dengan prestasi firma. Manfaat dan saiz firma menunjukkan hubungan signifikan dengan prestasi firma. Industri perdagangan/perkhdimatan signifikan dengan prestasi firma berbanding hartanah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Daud, Helmy helmy@hasil.gov.my Samsuddin, Mas Ervina UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation > Stock exchanges. Insider trading in securities |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 5 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 159-173 |
Keywords: | Pengukuran Prestasi; Muhibah; Pemilikan Pengurusan; Manfaat; Saiz Firma; Industri |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83151 |