Abstract
Bahasa kiasan adalah suatu bahasa yang difahami secara konotasi. Ia bukan sahaja melibatkan konteks atau keadaan, makna kiasan, lafaz struktur bahkan ia memerlukan juga unsur tetenunan untuk menghubungkan semua unsur yang terlibat. Tetenunan amat diperlukan dalam frasa, klausa, ayat dan wacana. Kehilangannya akan mengakibatkan sesuatu makna yang dikehendaki itu tidak difahami. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan dan persamaan unsur tetenunan dalam Kinayah Arab (KA) dan Kiasan Melayu (KM). Dalam kajian ini, unsur tetenunan akan dianalisis secara deskriptif pada KA dan KM. Terdapat 69 data KA telah disepakati oleh Wahbah al-Zuhaylī dan Muḥammad cAlī al-Ṣabūnī. Manakala sumber data KM diambil daripada Kamus peribahasa kontemporari oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Dalam analisis kontrastif, unsur tetenunan ini perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya agar dapat dibandingkan secara adil. Huraian ini meliputi hampir semua komponen utama bahasa yang terdiri daripada unsur leksis, semantik, morfologi, fonologi dan sintaksis. Oleh itu, penggunaan teori al-Nazm (TN) bertujuan untuk merungkai tetenunan yang wujud dalam unsur-unsur bahasa KA dan KM secara terperinci sebelum dibandingkan. Teori ini diyakini dapat menjelaskan lafaz, makna dan jalinan yang wujud dalam KA dan KM. Dapatan daripada kajian ini ialah kewujudan persamaan dan perbezaan dalam unsur tetenunan semantik, leksis, sintaksis dan fonologi antara KA dan KM. Persamaan unsur-unsur ini akan memudahkan pengguna KM memahami KA. Manakala perbezaannya akan menghasilkan sekurang-kurang sikap berhati-hati agar tidak berlaku silap faham berkaitan dengan KA.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Abdul Basir abasir180@perlis.uitm.edu.my Mohamed, Zulkarnain UNSPECIFIED Abdullah, Md. Nor UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-11 |
Keywords: | Tetenunan; Kinayah Arab; Kiasan Melayu; Teori al-Nazm, Kontrastif |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83068 |