Pencirian struktur trigliserida dari daun Pandanus pygmaues / Mohd Sharil Ahmad ... [et al.]

Ahmad, Mohd Sharil and Armayni, Ummu Amirah and Md Yusof, Nuruljannah and Mohsin, Hannis Fadzillah and Abdul Wahab, Ibtisam (2016) Pencirian struktur trigliserida dari daun Pandanus pygmaues / Mohd Sharil Ahmad ... [et al.]. e-Academia Journal, 5 (1). pp. 1-6. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Sebatian asid lemak boleh didapati secara semulajadi. Sumber untuk molekul ini merangkumi pelbagai jenis bahagian tumbuhan, termasuklah biji, buah, daun, dahan and batang pokok. Kertas kerja ini membincangkan sejenis pohon bernama Pandanus pygmaues (dari keluarga Pandanaceae). Spesies ini dikenali kerana mempunyai prospek yang cemerlang sebagai pokok landskap. Kebanyakan eksplorasi di dalam bidang farmakologi dan biokimia tertumpu kepada Pandanus amaryllifolius, yang lazimnya dikenali sebagai pandan wangi, kerana daunnya mengeluarkan aroma. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji fitokimia ekstrak dari Pandanus pygmaues, secara khusus. Melalui kajian literatur, sebatian yang diasingkan dari keluarga pokok pandan termasuklah alkaloid pandan dan sebatian fenolik. Di dalam metodologi, proses pengasingan ekstrak organik daun Pandanus pygmaues, yang melibatkan kromatografi gel silika, telah menghasilkan satu trigliserida. Pencirian struktur kimia sebatian ini dapat dijelaskan melalui analisis keputusan eksperimen spektroskopi. Hasil kajian ini juga selari dengan laporan yang diperolehi dari kajian literatur. Kesimpulannya, sampel Pandanus pygmaues untuk penyelidikan ini, terdiri daripada terbitan asid lemak, yang mengandungi gliserol sebagai rantai karbon utama, di mana asid linoleik telah dapat dikenalpasti sebagai lemak politaktepu yang utama.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Mohd Sharil
UNSPECIFIED
Armayni, Ummu Amirah
UNSPECIFIED
Md Yusof, Nuruljannah
UNSPECIFIED
Mohsin, Hannis Fadzillah
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Ibtisam
ibtisam@uitm.edu.my
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 1-6
Keywords: Asid Lemak, Fitokimia, Pandanus, Trigliserida
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83066
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 83066.pdf] Text
83066.pdf

Download (606kB)

ID Number

83066

Indexing

Statistic

Statistic details