Abstract
Kualiti staf akademik adalah salah satu komponen yang amat penting dalam memastikan kualiti pendidikan tinggi. Oleh itu, segala usaha perlulah diambil bagi memastikan dasar berhubung pengambilan staf yang tepat dan berkesan, perkhidmatan, pembangunan dan penilaian tenaga akademik yang kondusif terhadap produktiviti staf. Beban kerja merupakan usaha yang harus dikeluarkan oleh seseorang untuk memenuhi permintaan dari pekerjaan tersebut. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang melibatkan pengedaran borang soal selidik kepada sampel yang telah dipilih iaitu seramai 192 orang pensyarah PSMZA. Daripada analisis yang dijalankan, didapati tahap beban kerja pensyarah di PSMZA yang paling tinggi adalah bagi menyelesaikan tugas pengurusan dan tugas sampingan dengan nilai min 3.37. Manakala tahap prestasi kerja pensyarah di PSMZA yang paling tinggi adalah dari segi kualiti dengan nilai min 3.95. Ini membuktikan bahawa pensyarah PSMZA mengikut piawaian yang digariskan dalam melaksanakan tugas terutamanya penyediaan dokumen kualiti. Melalui analisis korelasi terdapat hubungan yang signifikan antara Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan dan Tugas Sampingan, Pembangunan Diri dan Kecemerlangan dangan Prestasi Kerja yang berasakan dimensi Masa dan Kualiti. Melalui kaedah regresi pula, dapatan menunjukkan kesemua pembolehubah tak bersandar mampu mempengaruhi prestasi kerja iaitu 33.5% daripada pembolehubah tak bersandar mampu menerangkan peranan masing-masing terhadap prestasi kerja (masa). Oleh itu, penyelidik merasakan bahawa kajian ini masih boleh dilihat dari aspek lain seperti kekananan (seniority), masa kerja, kualiti pengawasan dan sistem imbal jasa.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Azreen Harina UNSPECIFIED Mansor, Norudin norudinm@tganu.uitm.edu.my Mohamad, Zuraida UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Motivation in education. Interest. Attention |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | e-Academia Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ) |
ISSN: | 2289 - 6589 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-11 |
Keywords: | Beban Kerja, Prestasi Kerja, Pengajaran Dan Pembelajaran, Pengurusan Tugas Sampingan |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83063 |