Abstract
Sebagaimana semester-semester yang lepas, sesi semester Oktober 2022 - Februari 2023 ini juga siswa-siswi di bawah kumpulan penerapan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PPKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang akan disajikan dengan sebuah program khas yang dikenali sebagai Program e- Bridging atau e-Fundamental of Engineering Seminar (e-FES). Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 apabila fakulti terlibat mengenalpastikan kepincangan dari segi pencapaian siswa-siswi penerapan bagi subjek-subjek teras seperti Calculus dan Thermodynamics. Bertitik tolak dari tahun tersebut, program e-FES ini telah menjadi sebuah program tahunan PPKM dengan kerjasama pensyarah-MAT455 JSKM. Walau bagaimanapun bagi acara e-FES 20224 ini, sedikit kelainan dan penambahbaikan telah diperkenalkan di mana bukan hanya penglibatan siswa-siswi penerapan, malahan melibatkan semua siswa-siswi yang berdaftar di bawah kumpulan PEM2453A dan PEM2453B yang seramai empat puluh (40) orang. Mereka ini terdiri juga dari siswa-siswi kejuruteraan kimia juga kejuruteraan elektrik. Program ini juga melibatkan lapan pensyarah MAT455 selaku penceramah merangkap fasilitator e-FES.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Nor Hanim norhanim@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83042 |