Cabaran wanita menjadi pemimpin sesebuah jabatan / Muniroh Hamat

Hamat, Muniroh (2023) Cabaran wanita menjadi pemimpin sesebuah jabatan / Muniroh Hamat. Bulletin. Unit Penerbitan Dan Publisiti JSKM.
Identification Number (DOI): vol 9
Abstract

Peranan wanita dalam era globalisasi sudah banyak berubah berbanding peranan tradisional. Wanita tidak hanya memikul ntanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga, malah turut menyumbang kepada kedudukan ekonomi keluarga dengan bekerja mencari sumber pendapatan. Dengan keluar bekerja, wanita kini dipertanggungjawabkan sebagai ketua memimpin sekumpulan individu pekerja dalam organisasi awam mahupun swasta. Justeru, ciri kepemimpinan wanita perlu mampu untuk menyiapsiagakan mereka dengan cabaran kepemimpinan dalam dunia pekerjaan selari perkembangan teknologi digital. Ciri kepemimpinan ini juga perlu memastikan wanita mampu mengekalkan sikap ketahanan dalam mengharungi cabaran zaman digital. Dari segi gaya kepemimpinan secara amnya ada empat gaya, iaitu autokratik, humanis, demokrasi dan laissez- faire. Gaya kepemimpinan diamalkan pemimpin banyak dipengaruhi pengalaman bekerja, latar belakang keluarga dan pendidikan diterima mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 83031.pdf]
Text
83031.pdf
Download (583kB)
Indexing & Metrics