Abstract
Peranan wanita dalam era globalisasi sudah banyak berubah berbanding peranan tradisional. Wanita tidak hanya memikul ntanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga, malah turut menyumbang kepada kedudukan ekonomi keluarga dengan bekerja mencari sumber pendapatan. Dengan keluar bekerja, wanita kini dipertanggungjawabkan sebagai ketua memimpin sekumpulan individu pekerja dalam organisasi awam mahupun swasta. Justeru, ciri kepemimpinan wanita perlu mampu untuk menyiapsiagakan mereka dengan cabaran kepemimpinan dalam dunia pekerjaan selari perkembangan teknologi digital. Ciri kepemimpinan ini juga perlu memastikan wanita mampu mengekalkan sikap ketahanan dalam mengharungi cabaran zaman digital. Dari segi gaya kepemimpinan secara amnya ada empat gaya, iaitu autokratik, humanis, demokrasi dan laissez- faire. Gaya kepemimpinan diamalkan pemimpin banyak dipengaruhi pengalaman bekerja, latar belakang keluarga dan pendidikan diterima mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamat, Muniroh UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kadar, Rozita UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | eBuletin JSKM, Jabatan Sains komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83031 |