Abstract
Transkrip ini membahaskan mengenai mengenai sejarah pembukaan dan kisah disebalik pemilihan nama Pekan Jementah. Jementah merupakan sebuah mukim yang terletak di Daerah Segamat, Johor. Segamat terletak di bahagian utara negeri Johor dan merupakan daerah y ang terkenal dengan keindahan alamnya serta warisan budaya dan sejarah yang kaya. Pekan Jementah terkenal dengan suasana pendesaan yang tenang dan kehidupan tradisional masyarakatnya. Selain itu, pemandangan sawah, kebun getah dan ladang kelapa sawit mengh iasi sekitar kawasan tersebut memberikan panorama alam yang menenangkan. Melalui kajian sejarah ini, kami mengkaji bagaimana nama Jementah itu terhasil. Selain itu, kami turut mengeksplorasi lebih dalam mengenai Pekan Jementah iaitu berkaitan Pembukaan Pek an Jementah serta tokoh yang terlibat dalam mencapai matlamatnya pembukaan Pekan Jementah sebagai kawasan penempatan dan kawasan pertanian yang maju, iaitu Pawang Stord atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Empang dikalangan masyarakat Jementah hari ini . Di dalam transkrip ini telah teragkumnya kisah sejarah Pekan Jementah termasuk asal mula pendirian dan pertumbuhan ekonomi pesat yang telah dicapai oleh Pekan Jementah sehingga hari ini. Seterusnya, transkrip ini juga merangkumi kisah Tok Empang dan pengikutnya yang sama sama berjasa mencapai tujuan mereka iaitu membukan Pekan Jementah.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Razak, Nor Azizah Azera 2022987587 Md Nazari, Nurul Fatin 2022758459 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Md Idris, Sulaiman UNSPECIFIED Thesis advisor Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Pekan Jementah, Segamat, Sejarah lisan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82991 |