Gangguan seksual dalam kalangan pekerja industri hospitaliti di Malaysia / Siti Rapidah Omar Ali and Nur Shafini Mohd Said

Omar Ali, Siti Rapidah and Mohd Said, Nur Shafini (2014) Gangguan seksual dalam kalangan pekerja industri hospitaliti di Malaysia / Siti Rapidah Omar Ali and Nur Shafini Mohd Said. e-Academia Journal, 3 (2). pp. 56-65. ISSN 2289 - 6589

Abstract

Pada masa kini, masalah gangguan seksual di tempat kerja diiktiraf sebagai satu isu yang serius dan boleh dianggap sebagai ancaman pekerjaan dan melanggar hak asasi manusia. Walaupun kebanyakan kajian mengenai gangguan seksual telah dijalankan di barat, tingkah laku itu telah lama dikesan oleh banyak pihak di Malaysia juga. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa industri hospitaliti lebih cenderung mempunyai masalah gangguan seksual daripada industri-industri lain kerana sifat pekerjaan di hotel itu sendiri. Industri hospitaliti mungkin terdedah kepada gangguan seksual kerana ciri-ciri pekerjaan seperti waktu kerja yang panjang dan luar biasa, interaksi antara individu dalam perkhidmatan penghantaran dan keperluan untuk memuaskan hati tetamu. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pemahaman tentang isu gangguan seksual dalam industri hospitaliti di Malaysia. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji jenis gangguan seksual yang dialami oleh pekerja dalam industri hospitaliti serta kesan gangguan seksual terhadap mangsa-mangsa selain untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada perbuatan itu. Alat pengumpulan data utama dalam kajian ini ialah penggunaan soal selidik tadbir sendiri yang telah diubahsuai hasil rekaan DEOC Pasukan Petugas Diskriminasi dan Gangguan Seksual, Amerika Syarikat. Soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian yang mengenalpasti bentuk gangguan seksual yang dialami dan kesan-kesan gangguan seksual kepada responden. Faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada gangguan seksual juga telah dikenal pasti. Sebanyak 260 borang soal selidik telah diedarkan kepada pekerja lelaki dan wanita yang bekerja di pelbagai hotel dan resort di Terengganu. Responden kajian ini dipilih menggunakan teknik persampelan kuota. Data dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan min, kekerapan dan peratusan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Omar Ali, Siti Rapidah
sitirapidah@tganu.uitm.edu.my
Mohd Said, Nur Shafini
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Women > Sex discrimination in employment > Sexual harassment
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Academia Journal (e-AJ)
ISSN: 2289 - 6589
Volume: 3
Number: 2
Page Range: pp. 56-65
Keywords: Gangguan Seksual, Industri Hospitaliti, Pekerja, Malaysia
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82966
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82966.pdf] Text
82966.pdf

Download (285kB)

ID Number

82966

Indexing

Statistic

Statistic details