Proses penyerahan bahan arkib kepada pelanggan mengambil masa yang lama

Hazim, Asraf Zamani and Mohd Redzuan, Rapeah and Amer, Hasnatul Sabarina and Mohd Salleh, Effiza Sazliana and Abdul Rahman, Abdul Razak and Wahed, Wan Nur Khalidah and Othman, Murni (2021) Proses penyerahan bahan arkib kepada pelanggan mengambil masa yang lama. In: Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah (Secara Maya). (Unpublished)

Abstract

Bahan -bahan arkib merupakan bahan nilaian sejarah yang sering dirujuk oleh staf, pelajar dan juga penyelidik luar sebagai bahan rujukan untuk tujuan pembelajaran, pengajaran,penyelidikan dan penerbitan. Pelanggan yang ingin mendapatkan bahan arkib perlu membuat permohonan melalui surat rasmi, email, panggilan telefon atau datang sendiri ke kaunter dengan menyatakan jenis bahan yang ingin dirujuk. Pihak pengurusan arkib akan menyemak rekod data yang disimpan di dalam file excel dan mencadangkan beberapa tajuk bahan yang berkaitan. Proses menyerahan bahan arkib mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja kerana perlu melalui proses semakan, carian bahan di dalam kotak simpanan dan membuat salinan bahan sebelum diserahkan kepada pemohon. Bagi mengatasi masalah penyerahan bahan arkib kepada pelanggan mengambil masa yang agak lama, kumpulan telah membangunkan sistem yang berperanan sebagai repositori bahan arkib secara berpusat yang mengumpulkan maklumat bahan-bahan arkib di Jabatan Arkib Universiti dan 13 Unit Arkib Cawangan UiTM seluruh Malaysia. Pelanggan dapat membuat carian dan memilih bahan yang ingin dirujuk dan terus membuat tempahan dalam talian. Permohonan akan sampai kepada pihak pengurusan arkib melalui emel dan proses kelulusan bahan dapat dilaksanakan secara terus serta penyerahan dapat dibuat dalam tempoh satu hari sahaja. Sistem ini yang dibangunkan dengan menggunakan kepakaran dalaman memberi impak penjimatan kos yang ketara serta dapat memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efiisen selari dengan norma baru masa kini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Other)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hazim, Asraf Zamani
UNSPECIFIED
Mohd Redzuan, Rapeah
UNSPECIFIED
Amer, Hasnatul Sabarina
UNSPECIFIED
Mohd Salleh, Effiza Sazliana
UNSPECIFIED
Abdul Rahman, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Wahed, Wan Nur Khalidah
UNSPECIFIED
Othman, Murni
UNSPECIFIED
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CD Diplomatics. Archives. Seals > Archives
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: Konvensyen KIK
Event Title: Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah (Secara Maya)
Collections: Innovation > Innovative and Creative Circle (ICC)
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82872
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82872.pdf] Text
82872.pdf - Presentation

Download (2MB)

ID Number

82872

Indexing

Statistic

Statistic details