Abstract
Transkrip temubual ini adalah mengenai sejarah-sejarah yang berlaku dari awal pembukaan Kemelah sehinggalah kini. Temubual ini dapat dijalankan atas kerjasama Tok Yazil yang sudi untuk berkongsi kisah yang ada berkenaan Kemelah. Tok Yazil merupakan Ketua Kampung Felda Kemelah yang ke empat dan dan sudah memegang jawatan tersebut selama enam bulan. Melalui perkongsian yang diberi, Kemelah merupakan sebuah felda yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1961 yang terletak di Daerah Segamat, Negeri Johor. Dengan keluasan tanah sebanyak 1.969 hektar, felda Kemelah mempunyai seramai 131 buah keluarga sebagai penduduk felda Kemelah di awal pembukaan. Sungguhpun Kemelah dikenali sebagai felda Kemelah, ia pada asalnya dikenali sebagai felda Tenang Station. Terdapat kisah yang pelbagai dan tersirat sehingga wujudnya nama felda Kemelah ini. Selai dari kisah disebalik nama felda Kemelah, melalui transkrip ini juga dapat dikongsikan berkaitan dengan perkembangan ekonomi, perhubungan, kemudahan dan juga cara hidup penduduk felda Kemelah sehingga zaman kini. Ia mengandungi jalu cerita yang bermacam dan dapat ditunjukkan pelbagai usaha yang diberi oleh pemimpin, pihak berkuasa dan juga para penduduk sendiri dalam memastikan perkembangan dan kemajuan felda Kemelah dapat bertahan dalam keharmonian.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Nur Amylia 2022987721 Qamaruzaman, Nurmaisuri Nasyura 2022908115 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Abd. Ghani, Yazil UNSPECIFIED Advisor Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan, Tok Yazil bin Abd. Ghani, Felda Kemelah, Peneroka |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82824 |