Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang 2 orang pelajar menemurah tokoh iaitu Encik Khairullah Bin Haji Daud yang merupakan ketua Kampung Paya Jakas merungkai tentang isu sejarah di kawasan perkampungan tersebut. Wawancara ini dilaksanakan bagi meneliti sejarah Kampung tersebut dan keunikan serta perkembangan semasa dari pelbagai sudut. Encik Khairullah atau lebih mesra dikenali sebagai tok ketua mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah. Beliau merupakan pengkisah yang telah dicadangkan oleh persatuan sejarah segamat untuk berkongsi informasi tentang sejarah Kg. Paya Jakas yang terletak di Jementah, Johor. Oleh kerana kecenderungan dan minatnya terhadap kisah sejarah, beliau menyimpan kisah warisan Kg. Paya Jakas dan dapat berkongsi informasi yang menarik tentang lokaliti tersebut. Antara maklumat yang dikongsi berkaitan nama kampung tersebut yang berasal daripada kisah penumbuhan pokok jakas di sekitar paya berhampiran kampung tersebut, hal ini menyebabkan tercetusnya nama kampung yang diberi gelaran sebagai Kg. Paya Jakas. Bermula daripada pengenalan kampung tersebut, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang aspek corak pentadbiran, gaya hidup masyarakat serta pembentukan pembangunan dan kemajuan semasa di Kg. Paya Jakas.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahazan, Nurin Shaza Alia 2022970237 Mohd Yusof, Nur Qaisara Arisa 2022758317 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Daud, Khairullah UNSPECIFIED Thesis advisor Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Kampung Paya Jakas, Segamat, Sejarah lisan |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82821 |