Transkrip temubual bersama Encik Haji Hamidon bin Ismail, pengkisah sejarah tempatan: mengenai sejarah Kampung Paya Pulai, Segamat / Nurnabiha binti Md Zaid and Zaid bin Abdul Manaf

Md Zaid, Nurnabiha and Abdul Manaf, Zaid (2023) Transkrip temubual bersama Encik Haji Hamidon bin Ismail, pengkisah sejarah tempatan: mengenai sejarah Kampung Paya Pulai, Segamat / Nurnabiha binti Md Zaid and Zaid bin Abdul Manaf. Oral History Report. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik. (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini mengisahkan tentang sebuah kampung di Segamat, Johor iaitu Kampung Paya Pulai. Kisah Kampung Paya Pulai ini belum lagi pernah dibuat kaji selidik secara terperinci tentang bagaimana kampung ini boleh terbentuk. Haji Hamidon merupakan tokoh yang terpilih bagi menceritakan apakah yang berlaku dan bagaimanakah wujudnya perkampungan di Kampung Paya Pulai ini. Selain daripada kisah pembukaan kampung tersebut, terdapat juga beberapa perkara berkaitan mistik, budaya dan kisah kisah lagenda masyarakat awal yang datang ke kampung ini. Beliau juga berkongsi cerita mengenai Sultan dan Bendahara yang lari selepas kekalahan Melaka menentang Portugis dan bagaimana terbentuknya sebuah penempatan di situ. Selain dari itu, Beliau juga menceritakan berkaitan tiga (3) batang pokok yang tumbuh di situ dan ianya dikenali sebagai Pokok Pulai. Pokok Pulai ini juga banyak memberi manfaat kepada penduduk kampung di awal pembukaan kampung tersebut. Dan, kisah yang banyak menjadi tanda tanya berkaitan sistem yang wujud pada zaman itu dikenali sebagai Sistem Kangcu juga telah dirungkaikan oleh beliau secara terperinci. Kajian itu amat penting dalam menghuraikan keistimewaan dan kelebihan kampung ini dan sumbangannya kepada negara. Melalui kajian lisan ini diharapkan agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya generasi masa kini agar lebih cakna dalam menelusuri sejarah sejarah kampung atau daerah di dalam negara kita. Dengan hasil kajian terhadap Kampung Paya Pulai ini diharapkan dapat merungkai beberapa kisah yang menarik yang belum diketahui ramai terutamanya masyarakat di Malaysia.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Zaid, Nurnabiha
2022900507
Abdul Manaf, Zaid
2022772025
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Interviewee
Ismail, Hamidon
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Sejarah lisan; Kampung Paya Pulai Segamat
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82820
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82820.pdf] Text
82820.pdf

Download (1MB)

ID Number

82820

Indexing

Statistic

Statistic details