Transkrip temubual bersama Haji Ariff Bin Haji Abu Hassan: pengkisah sejarah tempatan mengenai peristiwa pembukaan Kampung Kubu Dedap / Nurin Mussalmi binti Muhammad Sofian and Nurul ‘Atha Addina binti Rajah

Muhammad Sofian, Nurin Mussalmi and Nurul ‘atha Addina, Rajah (2023) Transkrip temubual bersama Haji Ariff Bin Haji Abu Hassan: pengkisah sejarah tempatan mengenai peristiwa pembukaan Kampung Kubu Dedap / Nurin Mussalmi binti Muhammad Sofian and Nurul ‘Atha Addina binti Rajah. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip temubual ini adalah berkaitan peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi di Segamat terutamanya di Kampung Kubu Dedap. Dokumentasi ini dibuat bagi merekod segala peristiwa yang sudah berlaku bersama Tuan Haji Ariff di kampung tersebut. Tokoh yang dipilih ini adalah disebabkan beliau mengetahui banyak perkara berkaitan sejarah disitu dan memberikan satu penceritaan yang sangat menarik. Beliau juga menceritakan berkaitan hal yang pernah dialami oleh datuk dan juga beliau sendiri ketika era pembangunan masih berlaku. Kampung Kubu Dedap juga pernah menjadi kubu pertahanan oleh panglima dan anak-anak buah ketika perang bersaudara itu berlangsung. Mereka juga membuat kubu-kubu ini berdindingkan tanah dan batang pokok dedap. Menurut kajian yang dibuat, batang pokok dedap mempunyai kebaikan. Peperangan yang diceritakan ini berlandaskan pengetahuan beliau sendiri dan beliau bercerita mengenai panglima-panglima yang mencetuskan peperangan ini dek kerana sikap tamak dan iri hati. Selain daripada itu, pendokumentasian ini juga memberitahu berkenaan tinjauan literatur yang dibuat mengenai sejarah lisan dan kepentingannya dalam memelihara sejarah di dalam sebuah negeri itu. Hal ini kerana kemajuan sesebuah tempat itu bergantung kepada sejarah yang pernah dialami dan dijadikan pengajaran bagi membaik pulih seterusnya menaikkan lagi semangat masyarakat masa ini untuk mengetahui sejarah di setiap tempat yang mereka lalui. Peperangan di Kampung Kubu Dedap ini perlu diambil iktibar bak kata pepatah ambil yang jernih, buang yang keruh agar sejarah itu akan terus kekal sejarah dan tidak dialami lagi oleh generasi akan datang.

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad Sofian, Nurin Mussalmi
2022793821
Nurul ‘atha Addina, Rajah
2022923937
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Azura
UNSPECIFIED
Interviewee
Abu Hassan, Ariff
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Programme: Bachelor of Information Science (Hons.) Records Management
Keywords: Kampung Kubu Dedap; Haji Ariff bin Haji Abu Hassan
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82632
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 82632.pdf] Text
82632.pdf

Download (2MB)

ID Number

82632

Indexing

Statistic

Statistic details