Abstract
Esei ini adalah reflektif interpretasi pertuturan dari sudut lakuan bahasa ekspresif yang dilihat dalam filem Arus Merah (2020). Esei ini dilakukan kerana mendapati kelompongan dalam lakuan bahasa, yang sukar untuk difahami makna dan penggunaannya di dalam pertuturan di dalam filem bahkan juga kurang penelitian lakuan bahasa di dalam kajian teks filem. Oleh itu, esei ini memfokuskan kepada kajian lakuan bahasa ekspresif dalam dialog yang dituturkan oleh watak yang terdapat dalam filem ini. Latihan Ilmiah ini ingin mencapai dua objektif iaitu mengenal pasti lakuan bahasa ekspresif pada watak protagonis dan antagonis dan menganalisis teks isi kandungan terhadap dialog dalam filem Arus Merah (2020) yang memfokuskan kepada lakuan bahasa ekspresif pada watak protagonis dan antagonis. Dengan penulisan latihan ilmiah ini, berharap ia dapat menjadikan khalayak memahami dengan lebih mendalam mengenai kegunaan lakuan bahasa ekspresif terhadap sesuatu karya filem pada masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yatiseman @ Zaki, Nur Alia Najwa UNSPECIFIED Abdull Rahman, Zainatul Shuhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > The dialogue |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | ARTe: Art & Expression, October 2022 |
Event Title: | ARTe: Art & Expression, October 2022 |
Event Dates: | October |
Page Range: | pp. 31-35 |
Keywords: | Bahasa ekspresif, Filem Arus Merah, Watak protagonis dan antagonis |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82482 |