Abstract
Penulisan ini memfokuskan tiga buah lirik lagu nasionalisme negeri Sabah iaitu lirik lagu Sabah tanah airku, Sabah bangkit dan original Sabahan. Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui semangat nasionalisme dalam lirik lagu dan hubung-kait antara lirik lagu Sabah tanah airku, Sabah bangkit dan original Sabahan menggunakan teori semiotik. Penelitian ini menggunakan teori semiotik Ferdinand De Saussure, objek kajian dalam penulisan ini adalah mengenal pasti semangat nasionalisme di dalam lirik lagu Sabah tanah airku, Sabah bangkit dan original Sabah serta menganalisis makna yang terdapat dalam lirik lagu Sabah tanah airku, Sabah bangkit dan original Sabah. Hujahan esei ini turut menekankan kekreatifan pencipta lirik lagu tersebut dalam menghasilkan lirik lagu serta gaya bahasa yang digunakan di setiap bait lirik lagu yang membawa makna serta mesej yang tersendiri. Juste-ru, fokus hujahan ini adalah untuk menganalisis perlambangan dan gaya bahasa untuk mengenal pasti semangat nasionalisme yang terdapat dalam lirik lagu yang dipilih. Topik ini juga berkaitan dengan penanda dan petanda yang membawa makna dalam lirik lagu Sabah tanah airku, Sabah bangkit dan original Sabahan. Dapatan kajian menunjukkan semangat nasionalisme yang perlu ada dalam diri setiap individu dan kepentingan menjaga keistimewaan sesebuah negeri khusus-nya negeri Sabah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Latip, Sulina UNSPECIFIED Abdull Rahman, Zainatul Suhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | ARTe: Art & Expression, October 2022 |
Event Title: | ARTe: Art & Expression, October 2022 |
Event Dates: | October |
Page Range: | pp. 2-11 |
Keywords: | Semangat nasionalisme, Lirik lagu, Negeri Sabah |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82481 |